Sunday, November 4, 2018

SUCI DALAM DEBU - IKLIM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini, saya ingin menerangkan tentang lagu Suci Dalam Debu.

Setiap lirik lagu yang dihasilkan semestinya mempunyai tujuan dan maksudnya yang tersendiri yang ingin disampaikan kepada pendengar. Ada lirik yang berunsurkan percintaan dan ketuhanan. Termasuk juga lirik lagu Suci Dalam Debu. Lirik lagu ini lebih berunsurkan ketuhanan. Maksud lirik lagu tersebut ialah:

Engkau bagai air yang jernih
(Itulah diri kita yang sebenar-Roh)
Di dalam bekas yang berdebu
(jasad/badan yang asalnya dijadikan dari tanah)
Zahirnya kotoran itu terlihat
(sifat manusia suka melihat keburukan orang lain)
Kesucian terlindung jua
(Hal-hal yang baiknya tak berapa dipandang dan ambil peduli)
Cinta bukan hanya dimata
(cinta bukan dari sudut syariat semata-mata@solat)
Cinta hadir di dalam jiwa
(Cinta yang mutlak terbit dari hati yang suci dan bersih @ zikrullah)
Biarlah salah di mata mereka
(mereka yang benar-benar mahu menjadi hamba ALLAH di pandang serong dan rendah oleh masyarakat)
Biar perbezaan terlihat, antara kita
(perbezaan di antara hamba ALLAH dan hamba dunia)
Walau dipandang hina
(sebagai hamba yang hina)
Namun hakikat cinta kita, kita yang rasa
(perasaan yang wujud antara hamba dan penciptanya tidak dapat diungkap dengan kata-kata)
Suatu hari nanti, pastinya bercahaya
(di alam akhirat)
Pintu akan terbuka, kita langkah bersama
(bila mendapat syurga bersama mereka yang berjaya)
Di situ kita lihat, bersinarlah hakikat
(diri kita yang sebenar.. berseri-seri dan bersinar)
Debu jadi permata, hina jadi mulia
(Roh mereka yang soleh, yang dihina di dunia menjadi mulia di akhirat)
Bukan khayalan, yang aku berikan
(Kitab Al-Quran)
Tapi keyakinan yang nyata
(Kitab yang memberi keyakinan dan cahaya kebenaran)

Lagu ini dinyanyikan oleh kumpulan pemuzik yang terkenal iaitu IKLIM. Kumpulan ini merupakan kumpulan rock yang muncul pada akhir dekad 1980-an atau lebih spesifik lagi pada tahun 1989. Kumpulan ini sinonim dengan penyampaian lagu yang berirama rock perlahan. Kumpulan IKLIM bermula daripada gabungan dua kumpulan dari Pantai Timur Tanah Air (Kumpulan The Kids & Kumpulan Midnight) apabila Mohalim, Fadil, Kama dan Umarul dengan ketiadaan penyanyi tetap. Dengan izin Tuhan telah mendapat seorang penyanyi yang mantap iaitu Saleem. Kesemuanya berasal dari Terengganu.
Lagu SUCI DALAM DEBU telah berjaya mengalahkan sebuah lagu dendangan Sheqal (Zapin Rindu-rinduan) yang agak lama mendominasi carta muzik tanah air dengan irama balada nusantaranya pada waktu itu. Lagu ini berjaya menambat hati  peminat di tanah air dan juga di Indonesia.

Pada asal penubuhannya, kumpulan IKLIM dianggotai oleh lima orang anak muda yang berasal dari Terengganu. Mereka terdiri daripada A.M Saleem Abdul Majid, Umarul Mahdzar, Mohd Salim, Kamaruddin & Fadhil Suhaimi. Namun perpecahan berlaku apabila pemain gitar kedua, Fadhil Suhaimi keluar daripada kumpulan IKLIM semasa proses rakaman album pertama sedang berlangsung keran perselisihan faham dengan Saleem.

Penulis lirik lagu Suci Dalam Debu ialah Syed Mohd Amin Syed Hashim Al-Shahab atau dikenali sebagai S.Amin Shahab. Beliau dilahirkan pada 27 Februari 1954 dan berasal dari Batu Pahat, Johor merupakan seorang artis visual dan penulis lirik lagu yang terkenal di Malaysia. Sehingga kini, beliau telah menulis lebih daripada 1,000 buah lirik. Antara lagu yang ditulisnya ialah Suci Dalam Debu, Di Pintu Mahligai, Kekasih Awal dan Akhir serta Teratai Layu Di Tasik Madu.

Antara link internet yang saya rujuk ialah:

http://mramirulhakim.blogspot.com/2015/11/maksud-di-sebalik-lirik-suci-dalam-debu.html?m=1

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Iklim_(kumpulan)

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Syed_Mohd_Amin_Syed_Hashim


No comments:

Post a Comment