Kelas hari bermula pukul 8.30. Saya sampai ke kelas pukul 8.20 dan saya ingat Dr.Odi belum sampai. Untuk kuliah hari ini, Dr.Odi lebih banyak mendedahkan kepada kami mngenai tugasan yang perlu kami siapkan.
Pertamanya, kami diberi tugasan terbesar untuk HMT215 iaitu 'Coffe Table'. Tugasan ini merupakan projek terbesar. Kami perlu membuat sebuah buku yang berkaitan rakan sekelas. Tarikh untuk disiapkan buku ini adalah bulan Disember. Projek ini merupakan tugasan pertama kali saya perlu membuatnya kerana sebelum ini saya tidak ada pengalam dalam hal ini. Walaupun saya sangat teruja untuk membuatnya namun dalam masa yang sama saya rasa takut untuk menyiapkan dalam masa yang singkat. Namun begitu, kami akan usahakan untuk menyiapkan tuagsan ini.
Tugasan yang kedua ialah kami perlu menterjemahkan bahan ilmiah dari bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Pada mulanya, saya terkejut dan menyatakan yang saya seolah-olah mengambil kursus Terjemahan dan Interprestasi..hahahahhaha.. Saya juga rasa susah untuk siapkan tugasan ini. Namun begitu, akan sedaya upaya untuk menyiapkannya. Pada awalnya, Dr. menyuruh kami menterjemahkan dua bahan ilmiah. Ini amat mengejutkan. Namun akhirnya Dr menyuruh kami menterjemahkan satu bahan ilmiah. Terima kasih Dr.
Dr. juga menunjukkan cara menterjemah dengan betul. Menggunakan portal yang boleh membantu saya untuk menterjemahkan tanpa menggunakan 'Google Translate'. Dalam kuliah hari ini, kami diagihkan kumpulan untuk menyiapkan tugasan iaitu menterjemahkan abstrak dalam satu artikel yang berbahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Kami diberi masa selama 10 minit untuk menyiapkannya. Kami rasa akan kesusuhan untuk menterjemahkan bahan ilmiah.
Pada hari ini juga, kami menghadiri satu majlis bacaan Yaasin di Dewan Persidangan PPIK. Bacaan Yaasin ini dianjurkan oleh PPIK bagi mendoakan kesembuhan Dr. Rahimah yang sedang sakit yang merupakan seorang pensyarah PPIK. Semoga diberikan kesembuhan kepada Dr. Rahimah.
Sekian, Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment