Wednesday, November 21, 2018

PERJALANAN MENGHADAP KEMATIAN -21/11/2018

Assalamualaikm dan salam sejahtera.

Hari ini saya ingin menceritakan pengalaman menghadap kematian. Saya menghadapi pengalaman kematian ketika berumur 8 tahun lagi. Ketika itu, kakak saya meninggal dunia. Kakak saya meninggal pada 1/12/2005. Walaupun pada ketika itu, saya boleh dikatakan masih kanak-kanak, tetapi saya sudah faham akan kesedihan apabila menghadapi kematian. 

Sebelum kakak saya meninggal, kakak saya sakit. Pada bulan Ramadhan tahun 2005, pada awalnya kakak saya sakit tekak dan demam yang menyebabkan dia kurang makan. Lama-kelamaan arwah jadi lemah yang menyebakan arwah perlu dimasukkan ke hospital. Namun walaupun masuk hospital, kesihatannya masih sama dan tidak berubah. Arwah sakit sehingga tidak boleh bangun sendiri dan berjalan dengan orang yang memegangnya. Saya sempat diberi peluang untuk menjaganya ketika sakit. Pada tahun itu, arwah menghadapi peperiksaan SPM. Arwah terpaksa mengambil peperiksaan di hospital. Namun begitu, setelah beberapa bulan dimasukkan ke hospital, ma saya minta dengan Doktor untuk membawa kakak saya pulang ke rumah. Keadaan kami ketika itu susah dan Doktor sendiri pun tidak tahu apa penyakit sebenar yang kakak saya hadapi. Oleh sebab itu, ma saya ingin membawa kakak saya balik ke rumah dan berusaha untuk berubat cara tradisional.

Kakak saya hadapi peperiksaan di hospital namun ada satu lagi subjek yang perlu arwah hadapi dan terpaksa balik ke rumah.
Apabila  balik ke rumah, keadaan kakak saya semakin lemah. Sebelum arwah meninggal, arwah pernah meminta untuk makan buah anggur. Namun disebabkan ma saya sibuk jaga kakak saya, ma saya tidak smeoat untuk pergi membelinya. Pada malam sebelum meninggal dunia, arwah memberitahu ma saya "esok ramai yang akan mari rumah kita" "ma, orang mintak maaf..untuk salah org selama nie". Ma saya hanya menjawab " esok siapa pula nak datang rumah kita, adik-adik je yang ada". Sebenarnya, pada 1.12.2005 merupakan tarikh peperiksaan terakhir kakak saya. Namun, apabila ma saya tengok keadaan kakak saya, ma saya tidak izinkan kakak saya untuk jawab peperiksaan. Tetapi kakak saya tetap nak pergi sekolah untuk jawab peperiksaan. Pada hari 1.12.2005 pagi, mak saudara saya pergi ke pasar minggu untuk membeli buah anggur. Namun, apabila mak saudara saya balik dari pasar minggu tersebut, kakak saya menghembuskan nafas terakhirnya tepat jam 11 pagi di depan ma saya, tukang urut dan saya. Sungguh saya lemah apabila saya melihat ma saya menangis. 

Pada malam hari tersebut, ma saya pernah berkata "kalau ada sorang lagi anak dia meninggal, dia boleh jadi gila". Itu adalah kata-kata daripada seorang ibu yang baru kehilangan anaknya. Apa yang terkesan adalah, kehilangan kakak saya yang ketika itu baru berumur 17 tahun. Arwah sama dengan saya dari segi wajah ataupun perangai. Boleh dikatakan, kami seolah-olah kembar. Apabila tengok saya, akan teringat akan arwah. Tapi, keluarga saya terima dugaan ini dengan ikhlas sebab terlalu lama kakak saya terseksa. 

Pengalaman yang seterusnya adalah ketika saya berumur 17 Tahun. Ketika ini saya kehilangan atok saya. Atok saya sudah tua dan sakit yang hanya demam. Arwah tidak mempunyai penyakit. Saya juga boleh dikatakan rapat dengan atok saya. Rumah atok saya hanya sebelah rumah saya. Apabila saya  tidak pergi rumah dia, arwah akan memanggil nama saya. Arwah meninggal ketika itu saya berada di sekolah. Pada hari tersebut, ada majlis di sekolah saya dan ma saya pergi ke majlis tersebut. Ma saya terpaksa balik awal kerana mak saudara saya menelefon ma saya untuk menyatakan yang atok saya meninggal dunia. Saya terus bergegas pulang ke rumah. Pengalaman yang berikutnya adalah kehilangan mak saudara saya yang ketika itu saya berumur 20 tahun. Mak saudara sememangnya mempunyai kanser yang sudah bertahun-tahun dia hadapi. Namun, beberapa bulan sebelum arwah meninggal, perangai arwah berubah. Tidak pergi ke hospital untuk mengambil ubat. 

Itu sahaja yang boleh saya kongsikan pengalaman saya menghadap kematian. Semua orang akan menghadapi kematian. Cepat atau lambat. 

No comments:

Post a Comment