Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kuliah minggu ini tidak dilakukan di dalam kelas. Hal ini demikian kerana, minggu ini merupakan Minggu konvokesyen bagi graduan-graduan yang telah berjaya menamatkan pelajaran. Minggu ini juga saya ditugaskan untuk mewancara graduan PHD. Pada awaknya agak susah kerana pertamanya saya berkumpulan dengan pelajar dari China yang sememangnya susah untuk berkomunikasi. Yang kedua, sangat susah untuk kami mencari graduan PHD tersebut keran apabila mereka majlis selesai, mereka akan bersama dengan keluarganya. Namun, ini merupakan cabaran kepada kami dan boleh menghilangkan rasa malu untuk berdepan dengan orang ramai dan untuk bertegur graduan PHD bagi menemubual mereka. Melalui wawancara ini, telah memberi sedikit motivasi kepada saya untuk terus belajar bersungguh-sungguh dan membanggakan ibu bapa saya. Saya sangat terharu melihat ibu bapa yang hadir ke konvokesyen tersebut dengan kebanggaan. Semoga saya diberi peluang untuk merasa hari kebahagian ini.
Kami juga telah diberikan tugasan untuk membicarakan tentang sesuatu isu secara berpantun melalui FB live. Berpantun secara live amatlah susah kerana pertamanya saya tidak pernah membuat live di FB dan kedua saya tidak pandai untuk berpantun. Tugasan ini boleh melatih saya untuk berkomunikasi secara spontan.
sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment