Hari ini merupakan tutorial HMT 213 dan tugasannya adalah berkaitan 'Pengucapan Awam Pemujukan Bedah Cerpen'. Tugasan ini memerlukan pelajar memilih satu cerpen dan mengkaji tema, subtema, dan pengajaran. Setiap pelajar diberikan 1-2 minit. Alhamdulillah, hari ini saya dapat melaksanakan tugasan ini dengan sebaik mungkin. Dapat mengawal diri daripada banyak bergerak dan menyampaikan dengan baik iaitu ingat apa yang saya hafal.
Saya ingin menceritakan serba sedikit apa yang saya
bentangkan. Buku pilihan saya yang
bertajuk “Roda Ajaib” yang diselenggara oleh Woo Tack Lok dan Teo Huat. Buku
ini adalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka yang mengandungi 9 buah cerpen. Saya telah memilih cerpen yang
bertajuk ‘Kasihnya Keluarga’ yang ditulis oleh Ma Han. Tema utama bagi cerpen
ini adalah kasih sayang. Cerpen ini mengisahkan nilai kasih sayang yang wujud
dalam kehidupan seharian. Kasih sayang dalam hubungan kekeluargaan ataupun
masyarakat sekeliling. Subtema bagi cerpen ini adalah ketakutan seorang anak.
Melalui cerpen ini, menunjukkan ketakutan seorang anak yang sering dimarahi dan
dipukul oleh ibunya sehingga dia membuat keputusan untuk lari dari rumah.
Antara watak dalam cerpen ini adalah Jinbao, ibu Jinbao dan Pakcik He.Pengajaran yang diperoleh dalam
cerpen ini. Pengajaran yang pertama ialah kita hendaklah sentiasa menghormati
ibu bapa kita. Dalam cerpen ini, walaupun Jinbao sering dimarahi atau dipukul,
dia tidak pernah melawan ibunya. Walaupun perasaan marah itu wujud dalam
dirinya, Jinbao hanya berdiam diri ketika dimarah atau dipukul. Pengajaran yang berikutnya, kita
hendaklah sentiasa berbuat baik kepada orang lain. Sebagai contohnya, Pakcik He
yang melihat Jinbao merayau-rayau telah menyebabkan beliau memanggil dan
menanyakan Jinbao. Setelah itu, Pakcik He mempelawa Jinbao untuk balik ke
rumahnya dan menyatakan beliau akan menjaga Jinbao. Walaupun Pakcik He tidak
mengetahui latar belakang Jinbao, beliau tetap berbuat baik dan menolongnya. Selain
itu, pengajaran yang diperoleh ialah kita hendaklah sentiasa saling menyayangi.
Walaupun ibu Jinbao sering marah dan pukul anaknya, dia sebenarnya sayang akan
anaknya. Sejak Jinbao lari dari rumah, ibu Jinbao sentiasa berusaha untuk
mencari anaknya sehingga terpapar di akhbar mengenai kehilangan Jinbao.
Sebenarnya, ibu Jinbao marah disebabkan sayang akan anaknya. Seorang ibu
semestinya tidak mahu melihat anaknya melakukan perkara yang tidak baik.
‘Air
dicincang tidak akan putus’. Peribahasa ini amat sesuai dalam kehidupan
kekeluargaan. Hubungan kekeluargaan tidak akan putus.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment