Kuliah hari sangat seronok kerana Dr.Odi bawakan kami sarapan. Sudah beberapa hari saya dapat makanan percuma tetapi hari ini paling seronok sebab Dr.Odi yang belanja. Kami juga perlu mengambil gambar untuk melihat siapa pelajar yang hadir lambat.
Aktiviti yang seterusnya adalah semua pelajar lelaki diminta ke depan dan membuat sesuatu persembahan yang bunyi suara dan pergerakan. Kami mencadangkan untuk membuat tepuk amai-amai. Sangat kelakar sebab mereka hanya terdiri daripada 6 orang dan perlu dibuat di hadapan pelajar perempuan yang ramai. Kami juga perlu merakam video nyanyian lagu itu termasuk diri sendiri dan semua pelajar. Seterusnya, Dr. memilih pelajar perempuan daripada beberapa kelas tutorial untuk keluar ke hadapan. Seperti biasa, pelajar lain perlu merakam video yang termasuk diri sendiri dan semua pelajar yang berada di hadapan. Perlu merakam dengan pusingan 360 darjah.
Aktiviti itu sememangnya boleh memeningkan kepala tetapi sebenarnya sangat seronok. Hal ini juga boleh melatih pelajar untuk bergerak aktif dan tidak terlalu kaku dalam membuat persembahan.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment