Kuliah hari ini bermula seperti biasa. Bermula dengan berita sedih iaitu berita tentang pemergian salah seorang pensyarah PPIK. Berita ini sangat sedih dan kami sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Dalam kuliah hari ini juga, kami perlu menelefon ibu bapa untuk menanyakan khabar. Ini memeberi peluang kepada pelajar untuk menelefon terlebih dahulu. Hal ini juga membuatkan pelajar banyak bekomunikasi dengan ibu bapa. Sekiranya Dr tidak berbuat demikian, pelajar mungkin hanya menelefon seminggu sekali ataupun menelefon waktu malam. Kalau saya sendiri pun, saya akan menelefon waktu malam sebab waktu pagi Ma saya bekerja. Sangat susah untuk saya disebabkan Ma saya tidak pandai menggunakan telefon. Hanya menggunakan telefon untuk panggilan biasa iaitu tidak boleh video call dan kalau hantar mesej, Ma saya tidak akan baca. Saya akan menelefon kakak saya kalau ber"video call" dengan Ma saya.
Dr.Odi hanya mengambil masa sekejap sahaja dan memberi peluang kepada kami untuk membincangkan tentang Majlis Makan Malam. Pengarah projek ialah Husna dan Timbalannya, Shuhada mengambil alih untuk membincangkan projek kami ini yang akan diadakan pada 16/12/2018. Melalui perbincangan ini, kami diberikan tugasan untuk persembahan. Mereka mengagihkan persembahan kepada beberapa kumpulan. Kami juga sempat berlatih nyanyian lagu yang akan dipersembahkan pada malam hari tersebut.
Itu sahaja perkongsian saya. Semoga projek kami ini berjalan dengan lancar dan kami dapat keputusan yang memuaskan. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment