Thursday, November 1, 2018

REFLEKSI KULIAH HMT213 - 01/11/2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kuliah pertama Dr. Odi pada hari ini amat menyeronokkan. Permulaan dengan nyanyian sebenarnya Dr. ingin menunjukkan cara penyebutan perkataan bahasa Melayu yang salah. Pada awalnya, saya tidak terfikir yang kesalahan penyebutan oleh seorang penyanyi. Cara Dr. Odi mengajar sangatlah berkesan dan telah menghilangkan rasa mengantuk pelajar. Aktiviti yang dilakukan oleh Dr. Odi sangat menyeronokka. Aktiviti yang dilakukan sememangnya ingin menunjukkan cara penyebutan yang betul dan melatih pelajar daripada berasa malu apabila berhadapan dengan orang ramai. Dr. Odi telah membuat aktiviti secara spontan iaitu Dr akan memanggil nama pelajar dan mengikut arahan yang diberikan. Sebagai contoh arahan yang diberikan ialah pelajar perlu membaca lirik lagu 'Suci dalam Debu'. Dr. Odi memanggil secara spontan telah melatih pelajar untuk lebih berkeyakinan apabila untuk berkomunikasi. Nama saya disebut dan sememangnya di dalam kelas ada 3 orang pelajar yang mempunyai nama sama iaitu Syuhada. Kami dipanggil kehadapan dan perlu membaca potongan lirik lagu secara serentak.

Sekian sahaja refleksi kuliah untuk hari ini. Sekian Terima Kasih.

Maaf, lupa hendak ambil gambar masa kuliah tadi.

No comments:

Post a Comment