Friday, November 30, 2018

REFLEKSI KULIAH HMT215 - 30/11/2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kuliah hari ini seperti biasa. Pagi ini Dr.Odi belanja. Pada awalnya, saya sampai dekat kelas dengan Husna dan melihat semua orang turun tangga. Saya bertanya "nak pergi mana?" dan salag seorang pelajar menjawab Subaidah. Saya terkejut ingatkan hendak belajar dekat Subaidah. Rupa-rupanya Dr.Odi hendak belanja siapa yang hadir awal ke kelas. Saya yang turut pergi akhirnya Dr. belanja kesemuanya. hahahhahahahha.. Hari ini Dr. belanja makan roti canai. Terima Kasih Dr.😍❤

Kelas disambung di Makmal Bahasa. Hari ini dibahagikan kumpulan oleh Dr dan kami perlu membuat tugasan yang berkaitan Antconc. Hal ini merupakan ilmu baharu yang diperolehi dan kami perlu menyiapkan tugasan tersebut dengan usaha sendiri. Pada awalnya, kami tidak tahu cara untuk menggunakan Antconc. Namun, akhirnya berjaya kami pelajari dengan bantuan daripada rakan sekelas. Kami juga perlu merakam video cara menggunakan Antconc dan mencari data mentah daripada sumber-sumber akhbar online.

Yang dapat dipelajari adalah ilmu baharu yang hasil daripada usaha sendiri tanpa bantuan daripada Dr. Hal ini melatih pelajar untuk berdikari dalam mencari ilmu dan memupuk sikap kerjasama dalam kumpulan.

Sekian, terima kasih. 








REFLEKSI KULIAH HMT213 - 29/11/2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kuliah hari sangat seronok kerana Dr.Odi bawakan kami sarapan. Sudah beberapa hari saya dapat makanan percuma tetapi hari ini paling seronok sebab Dr.Odi yang belanja. Kami juga perlu  mengambil gambar untuk melihat siapa pelajar yang hadir lambat. 

Aktiviti yang seterusnya adalah semua pelajar lelaki diminta ke depan dan membuat sesuatu persembahan yang bunyi suara dan pergerakan. Kami mencadangkan untuk membuat tepuk amai-amai. Sangat kelakar sebab mereka hanya terdiri daripada 6 orang dan perlu dibuat di hadapan pelajar perempuan yang ramai. Kami juga perlu merakam video nyanyian lagu itu termasuk diri sendiri dan semua pelajar. Seterusnya, Dr. memilih pelajar perempuan daripada beberapa kelas tutorial untuk keluar ke hadapan. Seperti biasa, pelajar lain perlu merakam video yang termasuk diri sendiri dan semua pelajar yang berada di hadapan. Perlu merakam dengan pusingan 360 darjah. 

Aktiviti itu sememangnya boleh memeningkan kepala tetapi sebenarnya sangat seronok. Hal ini juga boleh melatih pelajar untuk bergerak aktif dan tidak terlalu kaku dalam membuat persembahan. 

Sekian, terima kasih.







REFLEKSI KULIAH HMT213 - 28/11/2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kuliah hari ini sangat menarik namun Dr.Odi datang lambat ke kelas. Oleh itu, kami mengenakan Dr. Odi dan menyatakan yang Dr. perlu belanja esok. hahahahahaahah.. Satu kelas gelakkan Dr. Odi. Kelas dengan Dr . Odi sangat2 menarik dan ini boleh menghilangkan masalah. Bagi kuliah ini, kami disuruh membawa satu objek yang boleh mengeluarkan bunyi dan saya memilih sudu. 

Kami diminta berdiri dan menghasilkan bunyi dengan menggunakan perlatan yang dibawa. Apa yang saya nampak bagi aktiviti ini kerjasama. Semua belajar perlu selari bgi menghasilkan bunyi. Tiada sifat kerjasama, bunyi tidak akan selari. Aktiviti ini boleh membuatkan kuliah seronok dan tidak membosankan. 

Sekian, terima kasih. 

REFLEKSI TUTORIAL HMT213 - 27/11/2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini merupakan tutorial HMT 213 dan tugasannya adalah berkaitan 'Pengucapan Awam Pemujukan Bedah Cerpen'. Tugasan ini memerlukan pelajar memilih satu cerpen dan mengkaji tema, subtema, dan pengajaran. Setiap pelajar diberikan 1-2 minit. Alhamdulillah, hari ini saya dapat melaksanakan tugasan ini dengan sebaik mungkin. Dapat mengawal diri daripada banyak bergerak dan menyampaikan dengan baik iaitu ingat apa yang saya hafal.


Saya ingin menceritakan serba sedikit apa yang saya bentangkan. Buku pilihan saya yang bertajuk “Roda Ajaib” yang diselenggara oleh Woo Tack Lok dan Teo Huat. Buku ini adalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka yang mengandungi 9 buah cerpen. Saya telah memilih cerpen yang bertajuk ‘Kasihnya Keluarga’ yang ditulis oleh Ma Han. Tema utama bagi cerpen ini adalah kasih sayang. Cerpen ini mengisahkan nilai kasih sayang yang wujud dalam kehidupan seharian. Kasih sayang dalam hubungan kekeluargaan ataupun masyarakat sekeliling. Subtema bagi cerpen ini adalah ketakutan seorang anak. Melalui cerpen ini, menunjukkan ketakutan seorang anak yang sering dimarahi dan dipukul oleh ibunya sehingga dia membuat keputusan untuk lari dari rumah. Antara watak dalam cerpen ini adalah Jinbao, ibu Jinbao dan Pakcik He.Pengajaran yang diperoleh dalam cerpen ini. Pengajaran yang pertama ialah kita hendaklah sentiasa menghormati ibu bapa kita. Dalam cerpen ini, walaupun Jinbao sering dimarahi atau dipukul, dia tidak pernah melawan ibunya. Walaupun perasaan marah itu wujud dalam dirinya, Jinbao hanya berdiam diri ketika dimarah atau dipukul. Pengajaran yang berikutnya, kita hendaklah sentiasa berbuat baik kepada orang lain. Sebagai contohnya, Pakcik He yang melihat Jinbao merayau-rayau telah menyebabkan beliau memanggil dan menanyakan Jinbao. Setelah itu, Pakcik He mempelawa Jinbao untuk balik ke rumahnya dan menyatakan beliau akan menjaga Jinbao. Walaupun Pakcik He tidak mengetahui latar belakang Jinbao, beliau tetap berbuat baik dan menolongnya. Selain itu, pengajaran yang diperoleh ialah kita hendaklah sentiasa saling menyayangi. Walaupun ibu Jinbao sering marah dan pukul anaknya, dia sebenarnya sayang akan anaknya. Sejak Jinbao lari dari rumah, ibu Jinbao sentiasa berusaha untuk mencari anaknya sehingga terpapar di akhbar mengenai kehilangan Jinbao. Sebenarnya, ibu Jinbao marah disebabkan sayang akan anaknya. Seorang ibu semestinya tidak mahu melihat anaknya melakukan perkara yang tidak baik. 


 ‘Air dicincang tidak akan putus’. Peribahasa ini amat sesuai dalam kehidupan kekeluargaan. Hubungan kekeluargaan tidak akan putus. 

Sekian, terima kasih.




REFLEKSI KULIAH HMT215 - 23/11/2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk kuliah hari ini, kami ditugaskan untuk melukis gambar yang diberikan secara berkumpulan. Saya berkumpulan dengan Nadhrah dan Majdiah. Lukis gambar dengan menggunakan Power Point dan tanpa menggunakan sebarang gambar tambahan dari google. Hanya menggunakan "shape" yang terdapat di dalam power point. Tugasan ini perlu disiapkan dalam masa satu jam setengah dan perlu dimasukkan ke dalam FB serta emailkan ke Dr.Odi dan Dr. Norsofiah. 

Tugasan yang diberikan oleh Dr. Odi pada hari ini memberi peluang kepada saya untuk menerokai ilmu baharu yang selama ini saya tidak tahu. Ilmu yang diberikan oleh Dr.Odi adalah berkaitan Micosoft Office 365 yang sememangnya saya tidak tahu selama ini. Melukis dengan menggunakan Power Point juga merupakan perkara yang pertama kali saya buat dan sangat susah untuk membentuk lukisan yang kami inginkan.

Sekian, Terima Kasih.









REFLEKSI KULIAH HMT213 - 22/11/2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kuliah hari ini bermula seperti biasa. Bermula dengan berita sedih iaitu  berita tentang pemergian salah seorang pensyarah PPIK. Berita ini sangat sedih dan kami sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Dalam kuliah hari ini juga, kami perlu menelefon ibu bapa untuk menanyakan khabar. Ini memeberi peluang kepada pelajar untuk menelefon terlebih dahulu. Hal ini juga membuatkan pelajar banyak bekomunikasi dengan ibu bapa. Sekiranya Dr tidak berbuat demikian, pelajar mungkin hanya menelefon seminggu sekali ataupun menelefon waktu malam. Kalau saya sendiri pun, saya akan menelefon waktu malam sebab waktu pagi Ma saya bekerja. Sangat susah untuk saya disebabkan Ma saya tidak pandai menggunakan telefon. Hanya menggunakan telefon untuk panggilan biasa iaitu tidak boleh video call dan kalau hantar mesej, Ma saya tidak akan baca. Saya akan menelefon kakak saya kalau ber"video call" dengan Ma saya. 

Dr.Odi hanya mengambil masa sekejap sahaja dan memberi peluang kepada kami untuk membincangkan tentang Majlis Makan Malam. Pengarah projek ialah Husna dan Timbalannya, Shuhada mengambil alih untuk membincangkan projek kami ini yang akan diadakan pada 16/12/2018. Melalui perbincangan ini, kami diberikan tugasan untuk persembahan. Mereka mengagihkan persembahan kepada beberapa kumpulan. Kami juga sempat berlatih nyanyian lagu yang akan dipersembahkan pada malam hari tersebut. 

Itu sahaja perkongsian saya. Semoga projek kami ini berjalan dengan lancar dan kami dapat keputusan yang memuaskan. Sekian, terima kasih. 

Wednesday, November 21, 2018

PERJALANAN MENGHADAP KEMATIAN -21/11/2018

Assalamualaikm dan salam sejahtera.

Hari ini saya ingin menceritakan pengalaman menghadap kematian. Saya menghadapi pengalaman kematian ketika berumur 8 tahun lagi. Ketika itu, kakak saya meninggal dunia. Kakak saya meninggal pada 1/12/2005. Walaupun pada ketika itu, saya boleh dikatakan masih kanak-kanak, tetapi saya sudah faham akan kesedihan apabila menghadapi kematian. 

Sebelum kakak saya meninggal, kakak saya sakit. Pada bulan Ramadhan tahun 2005, pada awalnya kakak saya sakit tekak dan demam yang menyebabkan dia kurang makan. Lama-kelamaan arwah jadi lemah yang menyebakan arwah perlu dimasukkan ke hospital. Namun walaupun masuk hospital, kesihatannya masih sama dan tidak berubah. Arwah sakit sehingga tidak boleh bangun sendiri dan berjalan dengan orang yang memegangnya. Saya sempat diberi peluang untuk menjaganya ketika sakit. Pada tahun itu, arwah menghadapi peperiksaan SPM. Arwah terpaksa mengambil peperiksaan di hospital. Namun begitu, setelah beberapa bulan dimasukkan ke hospital, ma saya minta dengan Doktor untuk membawa kakak saya pulang ke rumah. Keadaan kami ketika itu susah dan Doktor sendiri pun tidak tahu apa penyakit sebenar yang kakak saya hadapi. Oleh sebab itu, ma saya ingin membawa kakak saya balik ke rumah dan berusaha untuk berubat cara tradisional.

Kakak saya hadapi peperiksaan di hospital namun ada satu lagi subjek yang perlu arwah hadapi dan terpaksa balik ke rumah.
Apabila  balik ke rumah, keadaan kakak saya semakin lemah. Sebelum arwah meninggal, arwah pernah meminta untuk makan buah anggur. Namun disebabkan ma saya sibuk jaga kakak saya, ma saya tidak smeoat untuk pergi membelinya. Pada malam sebelum meninggal dunia, arwah memberitahu ma saya "esok ramai yang akan mari rumah kita" "ma, orang mintak maaf..untuk salah org selama nie". Ma saya hanya menjawab " esok siapa pula nak datang rumah kita, adik-adik je yang ada". Sebenarnya, pada 1.12.2005 merupakan tarikh peperiksaan terakhir kakak saya. Namun, apabila ma saya tengok keadaan kakak saya, ma saya tidak izinkan kakak saya untuk jawab peperiksaan. Tetapi kakak saya tetap nak pergi sekolah untuk jawab peperiksaan. Pada hari 1.12.2005 pagi, mak saudara saya pergi ke pasar minggu untuk membeli buah anggur. Namun, apabila mak saudara saya balik dari pasar minggu tersebut, kakak saya menghembuskan nafas terakhirnya tepat jam 11 pagi di depan ma saya, tukang urut dan saya. Sungguh saya lemah apabila saya melihat ma saya menangis. 

Pada malam hari tersebut, ma saya pernah berkata "kalau ada sorang lagi anak dia meninggal, dia boleh jadi gila". Itu adalah kata-kata daripada seorang ibu yang baru kehilangan anaknya. Apa yang terkesan adalah, kehilangan kakak saya yang ketika itu baru berumur 17 tahun. Arwah sama dengan saya dari segi wajah ataupun perangai. Boleh dikatakan, kami seolah-olah kembar. Apabila tengok saya, akan teringat akan arwah. Tapi, keluarga saya terima dugaan ini dengan ikhlas sebab terlalu lama kakak saya terseksa. 

Pengalaman yang seterusnya adalah ketika saya berumur 17 Tahun. Ketika ini saya kehilangan atok saya. Atok saya sudah tua dan sakit yang hanya demam. Arwah tidak mempunyai penyakit. Saya juga boleh dikatakan rapat dengan atok saya. Rumah atok saya hanya sebelah rumah saya. Apabila saya  tidak pergi rumah dia, arwah akan memanggil nama saya. Arwah meninggal ketika itu saya berada di sekolah. Pada hari tersebut, ada majlis di sekolah saya dan ma saya pergi ke majlis tersebut. Ma saya terpaksa balik awal kerana mak saudara saya menelefon ma saya untuk menyatakan yang atok saya meninggal dunia. Saya terus bergegas pulang ke rumah. Pengalaman yang berikutnya adalah kehilangan mak saudara saya yang ketika itu saya berumur 20 tahun. Mak saudara sememangnya mempunyai kanser yang sudah bertahun-tahun dia hadapi. Namun, beberapa bulan sebelum arwah meninggal, perangai arwah berubah. Tidak pergi ke hospital untuk mengambil ubat. 

Itu sahaja yang boleh saya kongsikan pengalaman saya menghadap kematian. Semua orang akan menghadapi kematian. Cepat atau lambat. 

Saturday, November 17, 2018

REFLEKSI KULIAH HMT215 - 16/11/2018

Assalamualaikum Dr. Odi dan rakan-rakan sekalian.

Kelas hari bermula pukul 8.30. Saya sampai ke kelas pukul 8.20 dan saya ingat Dr.Odi belum sampai. Untuk kuliah hari ini, Dr.Odi lebih banyak mendedahkan kepada kami mngenai tugasan yang perlu kami siapkan.

Pertamanya, kami diberi tugasan terbesar untuk HMT215 iaitu 'Coffe Table'. Tugasan ini merupakan projek terbesar. Kami perlu membuat sebuah buku yang berkaitan  rakan sekelas. Tarikh untuk disiapkan buku ini adalah bulan Disember. Projek ini merupakan tugasan pertama kali saya perlu membuatnya kerana sebelum ini saya tidak ada pengalam dalam hal ini. Walaupun saya sangat teruja untuk membuatnya namun dalam masa yang sama saya rasa takut untuk menyiapkan dalam masa yang singkat. Namun begitu, kami akan usahakan untuk menyiapkan tuagsan ini.

Tugasan yang kedua ialah kami perlu menterjemahkan bahan ilmiah dari bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Pada mulanya, saya terkejut dan menyatakan yang saya seolah-olah mengambil kursus Terjemahan dan Interprestasi..hahahahhaha.. Saya juga rasa susah untuk siapkan tugasan ini. Namun begitu, akan sedaya upaya untuk menyiapkannya. Pada awalnya, Dr. menyuruh kami menterjemahkan dua bahan ilmiah. Ini amat mengejutkan. Namun akhirnya Dr menyuruh kami menterjemahkan satu bahan ilmiah. Terima kasih Dr.

Dr. juga menunjukkan cara menterjemah dengan betul. Menggunakan portal yang boleh membantu saya untuk menterjemahkan tanpa menggunakan 'Google Translate'. Dalam kuliah hari ini, kami diagihkan kumpulan untuk menyiapkan tugasan iaitu menterjemahkan abstrak dalam satu artikel yang berbahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Kami diberi masa selama 10 minit untuk menyiapkannya. Kami rasa akan kesusuhan untuk menterjemahkan bahan ilmiah. 

Pada hari ini juga, kami menghadiri satu majlis bacaan Yaasin di Dewan Persidangan PPIK. Bacaan Yaasin ini dianjurkan oleh PPIK bagi mendoakan kesembuhan Dr. Rahimah yang sedang sakit yang merupakan seorang pensyarah PPIK. Semoga diberikan kesembuhan kepada Dr. Rahimah. 

Sekian, Terima Kasih.





REFLEKSI KULIAH HMT213 - 15/11/2018

Assalamualaikum Dr.Odi, Dr.Norsofiah dan rakan-rakan sekalian.

Kuliah hari ini bermulam seperti biasa. Kuliah sebelum ini, Dr.Odi telah menyuruh pelajar untuk mengenali dan menyebut nama pelajar Cina dengan betul. Kami juga perlu mengetahui makna-makna nama rakan sekelas kerana akan ada soalan untuk kuliah hari ini. Hal ini membuatkan saya berdebar untuk masuk ke kelas disebabkan nama pelajar Cina susah untuk disebut dan dihafal. 

Namun, Dr.Odi membuat soalan secara Quizlet dan Kahoot. Pada mulanya, soalan Quizlet secara berkumpulan. Kumpulan saya mendapat markah kosong untuk soalan ini. Hal ini demikian kerana, kami salah faham akan cara untuk menjawabnya. Namun, kami juga bermain soalan dalam Kahoot. Dalam soalan ini, kumpulan saya dapat menjawab dengan baik.

Apa yang saya dapat melalui pelajaran ini adalah dapat mengenali secara mendalam tentang rakan-rakan sekelas. Aktiviti ini juga melatih sifat untuk bekerjasama dan berkomunikasi dalam menjawab soalan yang diberikan. 

Sekian, Terima Kasih.



suasana di dalam kelas



kumpulan "PENYU"


Wednesday, November 14, 2018

REFLEKSI KULIAH HMT213-14/11/2018 DAN PAMERAN PROJEK TERJEMAHAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada hari ini kuliah seperti biasa dimulakan pada pukul 8.00 pagi. Kuliah hari ini bersama dengan Dr. Odi.

Sebelum kuliah, Dr.Odi memasukkan tugasan berkumpulan yang seterusnya di Facebook dan senarai nama pelajar HMT213. Dan Dr.Odi juga mengarahkan untuk pelajar Cina duduk di dalam kelas bersama dengan pelajar Malaysia.

Berikutnya, Dr.Odi memberi keterangan berkaitan tugasan yang sudah diberitahu sebelum kuliah. Dalam tugasan tersebut, saya fikir tugasan itu sangat banyak dan susah untuk dilaksanakan. Namun belum cuba belum tahu. Tugasan itu akan disiapkan juga. 

Di dalam kuliah juga, mendapat tugasan baru iaitu kenali nama pelajar Cina. Tahu akan cara sebutan dan makna nama pelajar Cina. Agak susah kerana saya tidak pandai untuk sebut nama mereka. Susah untuk menyebutnya.

Pada hari yang sama juga, kami diarahkan untuk bergambar secara berswafoto atau berkumpulan di pameran terjemahan. Saya pergi ke pameran tersebut dan menanyakan kepada pembentang. Pameran tersebut sangat menarik dan mengagumkan. Mereka boleh menghasilkan buku terjemahan sendiri. Cara mereka terjemahkan juga sangat menarik. 

Gambar semasa pameran.








REFLEKSI TUTORIAL HMT213 - PERSEMBAHAN LISAN:FORMAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Minggu ini merupakan tutorial pertama dengan Dr.Odi.

Minggu ini merupakan minggu selepas cuti pertengahan semester. Balik USM dengan keadaan yang segar. Sebelum Dr.Odi memberitahu tugasan tutorial minggu ini, saya bercakap dengan rakan sebilik saya yang kerja BM sudah siap semuanya. Selepas itu, saya terima mesej daripada Dr.Odi dalam kumpulan whatsapp untuk tugasan ini. Pada awalnya, terkejut tetapi saya tetap buat tugasan ini kerana ini merupakan tanggungjawab saya sebagai pelajar. 

Pada awalnya, saya rasa susah untuk membuat skrip dan menghafalnya. Namun, saya berusaha untuk mencari artikel atau maklumat di internet. Saya memilih tema "gejala buang anak luar nikah. Melalui tugasan ini, saya membuka internet untuk mencari maklumat berkaitan pembuangan bayi. Hal ini boleh menambahkan pengetahuan saya dan membuka minda saya untuk mengambil tahu keadaan semasa. Sebelum ini, saya hanya tahu berita pembuangan bayi tetapi saya tidak tahu statistik pembuangan bayi tersebut.

Pada hari tutorial, kami disuruh untuk berpakaian formal dan berkasut. Masuk ke Makmal Pandang dan Dengar dengan keadaan berdebar. Apabila nama saya dipanggil, saya ke hadapan untuk membuat pembentangan. Ketika membentang, dengan keadaan yang berdebar dan melihat muka rakan-rakan yang rapat dengan saya, apa yang saya hafal tidak dapat dibentangkan dengan sebaiknya. Sebelum membentang, saya sudah membuat latihan untuk lihat berapa minit saya bentang dan cukup 3 minit. Namun begitu, apabila saya membentang dalam tutorial, saya terlebih masa dan tidak sempat menghabiskan isi saya. Sangat kecewa..... Saya juga ditegur kerana apabila saya membentang, badan saya sentiasa bergerak seolah-olah menari tarian zapin😂😂😂😂😂😂😂.Sebenarnya itu adalah cara saya menghilangkan debaran..hahaahaha. Dr.Odi juga menegur kasut saya. Saya memakai kasut yang tidak formal. 

Sebenarnya, Dr.Odi inginkan pelajarnya merasai suasana ketika temduga. Tugasan ini juga boleh membantu pelajar untuk lebih berani dan hilangkan rasa berdebar apabila temuduga kerja kelak. Tugasan ini sememangnya memberi manfaat kepada saya. 

sekian, terima kasih.




Tuesday, November 6, 2018

TAK KENAL MAKA TAK CINTA - KELUARGA HMT213

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

KELUARGA HMT213





NUR SYUHADA BT MAT HUSIN


GAMBAR BERSAMA RAKAN SEKELAS - HMT213


ADI KASMAN

ADIB

ADRIANA


AFIFAH

AFINI

AISYAH

AKHMA

AMALINA

AMIRA

AMYLIANA

ATIKA

BATRISYA

EIZZATI


ELEIYSHA

FAQIHAH


FATHI


FATIHAH

FATIN NADIA

FATINAH

FAZIRAH

HABSAH

HAFIZAH

HANIS

HUMAIRA

HUSNA

HUZIRAH

IKMA

IZZAH

LATIFAH

LAURIA

LILY

LIYANA

MADIHAH

MAHIRAH

MAISARAH

MAJDIAH

MUSA

NABILA HANAFI

NABILA RAMELI

NABILAH

NADHRAH

NADIA NAJEEBAH

NADIRAH

NAJIHAH

NANIE

NISA

NIZAM


NURUL SHUHADA

PUTERI NADIA


SAFIAH


SASHA

SHARVENT

SHAZA

SUHAILA


SURAYA

SURIA

SYAMIMI

SYAMIRA

SYAZWANI

SYUHADA JAZNI

THOUYYIBAH


UMAIRAH

VITHIA

WARDAH

YASMIN

ZAHARAH

ZARINA


LINK YOUTUBE 
https://youtu.be/LZouQ8iDWww

SEKIAN, TERIMA KASIH