Thursday, October 11, 2018

REFLEKSI KULIAH HMT213 - MINGGU 5 (10/10 dan 11/10)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Refleksi kuliah minggu 5. Pada 10/10/2018, saya tidak dapat menghadiri kuliah. Hal ini demikian kerana, saya perlu pergi ke DPS 1. Ada beberapa urusan penting yang perlu saya selesaikan. Saya perlu mengikuti masa yang telah ditetapkan oleh pihak sana. Oleh sebab itu, saya terpaksa tidak menghadiri kelas. Namun begitu, saya sudah sertakan surat kepada Dr. Norsofiah.

Kuliah pada 11/10/2018 berjalan dengan lancar. Dimulakan dengan menonton video yang berkaitan kemahiran mendengar. Video yang dipaparkan berkaitan lawak yang cuba disampaikan oleh beberapa pelawak. Video ini dipaparkan bertujuan mengetahui cara mendengar yang berkesan. Dalam video tersebut, dapat dibezakan cara mendengar yang berkesan yang boleh mentertawakan penonton yang menonton lawak tersebut. Melalui video itu tersebut, soalan telah disediakan berkaitan kemahiran mendengar. Soalan yang diberikan agak senang namun begitu saya tidak dapat menjawabnya dengan baik.😅😆 Yang dipaparkan tersebut telah membuka minda saya bahawa kemahiran mendengar sangat penting.

Sekian sahaja daripada saya untuk kuliah minggu 5. Maaf, saya tidak sempat untuk mengambil gambar bagi kuliah tersebut.

Sekian, Terima Kasih.😘

No comments:

Post a Comment