Kuliah pada hari Rabu berjalan dengan lancar. Pada awal kuliah, dimulakan dengan pembentangan menara kertas. Seterusnya, kuiz socrative tentang budaya. Kuiz ini memberi peluang kepada pelajar untuk berfikir menjawab kuiz. Pensyarah tidak memberitahu terlebih dahulu tentang kuiz tersebut dan tanpa memberi sebarang nota. Namun begitu, pelajar masih boleh menjawab. Hal ini juga telah membuka minda pelajar dalam menjawab kuiz tersebut.
Kuliah hari Khamis. Kuliah hari ini dimulai dengan menonton video berkaitan taboo iaitu pantang larang. Kuliah hari ini merupakan sambungan daripada tajuk kuliah hari rabu iaitu berkaitan budaya di Malaysia. Melalui video yang dipaparkan, pelajar perlu membuat soalan dan perlu diberikan kepada kawan untuk menjawab. Hal ini secara langsung boleh menambahkan ilmu pengetahuan. Cara membuat roda nama juga telah memeriahkan lagi kuliah hari ini.
SEKIAN, TERIMA KASIH 😊
Kuliah hari ini - Khamis
No comments:
Post a Comment