Friday, October 12, 2018

REFLEKSI KULIAH DAN TUTORIAL 5 HMT215 - 12/10/2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kuliah hari ini bermula pada pukul 8.30 di Makmal Bahasa 1 bersama Puan Solakhiah. Kuliah dimulakan dengan menjawab kuiz.

Selepas itu, kuliah dan tutorial diteruskan dengan tugasan pembinaan korpus bagi bahan digital online. Bagi kumpulan tutorial saya, kami perlu mengumpul data teks untuk Sinar Harian Online. Seperti sebelumnya, kami perlu mengagihkan terlebih dahulu tugasan tersebut untuk kesemua ahli kumpulan tutorial. Alhamdulillah, kumpulan kami tidak mengambil masa yang lama untuk membahagikannya. Minggu ini juga, saya tidak mengambil masa yang agak lama untuk menyalin data teks tersebut. Hal ini demikian kerana, saya sudah mempunyai kemahiran untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Kumpulan kami telah mempunyai kemahiran dalam menyalin data teks tersebut dan telah mengantar tugasan tersebut dengan cepat. Kuliah berakhir pada pukul 1 petang.

Di akhir kuliah, kami diberikan makanan oleh Puan Solakhiah. Terima kasih Puan.😊

Sekian, Terima Kasih.









No comments:

Post a Comment