Friday, October 12, 2018

REFLEKSI KULIAH DAN TUTORIAL 3 HMT215 - 28/09/2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kuliah dan tutorial hari ini bersama Puan Solakhiah. Kami dikehendaki membaca artikel terlebih dahulu sebelum kuliah dan tutorial dijalankan pada hari jumaat.

Pada hari tersebut, kami dikehendaki menjawab kuiz yang berkaitan artikel yang dibaca. Namun begitu, ramai yang tidak dapat menjawabnya dengan baik, mungkin disebabkan artikel tersebut dalam bahasa Inggeris.

Selepas itu, dalam kuiz tersebut terdapat soalan yang berkaitan cara menulis rujukan untuk buku yang kami baca. Namun begitu, hampir kesemua tidak dapat menulisnya dengan cara yang betul. Oleh sebab itu, Puan Solakhiah telah menyuruh kami membetulkan cara penulisan tersebut dan mengajar kami cara menulis bibliografi. Pelajar agak keliru apabila diminta untuk menulis bibliografi dengan cara yang betul. Oleh sebab itu, Puan Solakhiah telah mengajar kami cara menulisnya.

Di akhir kuliah, Puan Solakhiah telah memberi gambaran awal tentang pembinaan korpus. Hal ini telah menambahkan ilmu pengetahuan tentang pembinaan korpus yang selama ini tidak pernah dipelajari dan diketahui.

Sekian, Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment