USM - Ijazah Sarjana Muda Sastera (kepujian) - bermajorkan Pengajian Bahasa Malaysia - berminorkan Dasar dan Pentadbiran Awam
Saturday, October 20, 2018
Friday, October 12, 2018
REFLEKSI KULIAH DAN TUTORIAL 5 HMT215 - 12/10/2018
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kuliah hari ini bermula pada pukul 8.30 di Makmal Bahasa 1 bersama Puan Solakhiah. Kuliah dimulakan dengan menjawab kuiz.
Selepas itu, kuliah dan tutorial diteruskan dengan tugasan pembinaan korpus bagi bahan digital online. Bagi kumpulan tutorial saya, kami perlu mengumpul data teks untuk Sinar Harian Online. Seperti sebelumnya, kami perlu mengagihkan terlebih dahulu tugasan tersebut untuk kesemua ahli kumpulan tutorial. Alhamdulillah, kumpulan kami tidak mengambil masa yang lama untuk membahagikannya. Minggu ini juga, saya tidak mengambil masa yang agak lama untuk menyalin data teks tersebut. Hal ini demikian kerana, saya sudah mempunyai kemahiran untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Kumpulan kami telah mempunyai kemahiran dalam menyalin data teks tersebut dan telah mengantar tugasan tersebut dengan cepat. Kuliah berakhir pada pukul 1 petang.
Di akhir kuliah, kami diberikan makanan oleh Puan Solakhiah. Terima kasih Puan.😊
Sekian, Terima Kasih.

REFLEKSI KULIAH DAN TUTORIAL 4 HMT215 - 05/10/2018
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kuliah dan tutorial 4 berjalan dengan lancar. Kuliah bermula pada pukul 8.30 pagi dan seperti biasa dimulakan dengan menjawab kuiz. Pelajar terlebih dahulu sudah diberi peringatan untuk membaca artikel. Kuiz tersebut diberi masa selama 20 minit untuk menjawabnya.
Seterusnya, Puan Solakhiah telah menerangkan beberapa artikel jurnal yang dapat dibaca berkaitan pembinaan korpus. Puan juga menerangkan berkaitan jurnal ilmiah dan ciri-ciri bagi setiap jurnal tersebut. Hal ini boleh membantu menambahkan ilmu pengetahuan mengenai pembinaan korpus.
Pada hari tersebut, kuliah dan tutorial diadakan serentak. Berikutnya, kami diminta untuk duduk dalam kumpulan tutorial bagi menyelesaikan tugasan pembinaan korpus bahasa. Pembinaan korpus bahasa dimulakan dengan mengumpul data teks. Data teks yang dikumpul pada hari tersebut adalah berkaitan jurnal ilmiah secara online. Setiap kumpulan memperoleh jenis jurnal yang berlainan. Saya merupakan pelajar turorial 12-1 petang dan perlu mengumpul data teks dari Jurnal Melayu dan Gema Online. Pada awalnya. pengumpulan data ini amat susah disebabkan kami tidak mempunyai pengalaman dalam hal ini. Ketika mengagihkan jurnal, kami telah mengambil masa yang agak lama disebabkan kami tidak memahami apa yang diminta oleh Puan Solakhiah. Namun begitu, akhirnya kami berjaya memahami apa yang dikehendaki. Kami perlu menyalin dan tampal jurnal tersebut ke dalam bentuk 'microsoft word' sebelum mengubahnya ke bentuk 'notepad'.
Kuliah kami berakhir pada pukul 1 petang.

Sebelum kuliah bermula, semua sedang membaca untuk menjawab soalan kuiz.
Sedang menyalin data teks.
REFLEKSI KULIAH DAN TUTORIAL 3 HMT215 - 28/09/2018
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kuliah dan tutorial hari ini bersama Puan Solakhiah. Kami dikehendaki membaca artikel terlebih dahulu sebelum kuliah dan tutorial dijalankan pada hari jumaat.
Pada hari tersebut, kami dikehendaki menjawab kuiz yang berkaitan artikel yang dibaca. Namun begitu, ramai yang tidak dapat menjawabnya dengan baik, mungkin disebabkan artikel tersebut dalam bahasa Inggeris.
Selepas itu, dalam kuiz tersebut terdapat soalan yang berkaitan cara menulis rujukan untuk buku yang kami baca. Namun begitu, hampir kesemua tidak dapat menulisnya dengan cara yang betul. Oleh sebab itu, Puan Solakhiah telah menyuruh kami membetulkan cara penulisan tersebut dan mengajar kami cara menulis bibliografi. Pelajar agak keliru apabila diminta untuk menulis bibliografi dengan cara yang betul. Oleh sebab itu, Puan Solakhiah telah mengajar kami cara menulisnya.
Di akhir kuliah, Puan Solakhiah telah memberi gambaran awal tentang pembinaan korpus. Hal ini telah menambahkan ilmu pengetahuan tentang pembinaan korpus yang selama ini tidak pernah dipelajari dan diketahui.

Thursday, October 11, 2018
REFLEKSI KULIAH HMT213 - MINGGU 5 (10/10 dan 11/10)
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Refleksi kuliah minggu 5. Pada 10/10/2018, saya tidak dapat menghadiri kuliah. Hal ini demikian kerana, saya perlu pergi ke DPS 1. Ada beberapa urusan penting yang perlu saya selesaikan. Saya perlu mengikuti masa yang telah ditetapkan oleh pihak sana. Oleh sebab itu, saya terpaksa tidak menghadiri kelas. Namun begitu, saya sudah sertakan surat kepada Dr. Norsofiah.
Kuliah pada 11/10/2018 berjalan dengan lancar. Dimulakan dengan menonton video yang berkaitan kemahiran mendengar. Video yang dipaparkan berkaitan lawak yang cuba disampaikan oleh beberapa pelawak. Video ini dipaparkan bertujuan mengetahui cara mendengar yang berkesan. Dalam video tersebut, dapat dibezakan cara mendengar yang berkesan yang boleh mentertawakan penonton yang menonton lawak tersebut. Melalui video itu tersebut, soalan telah disediakan berkaitan kemahiran mendengar. Soalan yang diberikan agak senang namun begitu saya tidak dapat menjawabnya dengan baik.😅😆 Yang dipaparkan tersebut telah membuka minda saya bahawa kemahiran mendengar sangat penting.
Sekian sahaja daripada saya untuk kuliah minggu 5. Maaf, saya tidak sempat untuk mengambil gambar bagi kuliah tersebut.
Sekian, Terima Kasih.😘

Thursday, October 4, 2018
REFLEKSI KULIAH HMT213 - MINGGU 4 (03&04/10/2018)
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kuliah pada hari Rabu berjalan dengan lancar. Pada awal kuliah, dimulakan dengan pembentangan menara kertas. Seterusnya, kuiz socrative tentang budaya. Kuiz ini memberi peluang kepada pelajar untuk berfikir menjawab kuiz. Pensyarah tidak memberitahu terlebih dahulu tentang kuiz tersebut dan tanpa memberi sebarang nota. Namun begitu, pelajar masih boleh menjawab. Hal ini juga telah membuka minda pelajar dalam menjawab kuiz tersebut.
Kuliah hari Khamis. Kuliah hari ini dimulai dengan menonton video berkaitan taboo iaitu pantang larang. Kuliah hari ini merupakan sambungan daripada tajuk kuliah hari rabu iaitu berkaitan budaya di Malaysia. Melalui video yang dipaparkan, pelajar perlu membuat soalan dan perlu diberikan kepada kawan untuk menjawab. Hal ini secara langsung boleh menambahkan ilmu pengetahuan. Cara membuat roda nama juga telah memeriahkan lagi kuliah hari ini.
SEKIAN, TERIMA KASIH 😊

Kuliah hari ini - Khamis
Subscribe to:
Posts (Atom)