Sunday, March 24, 2019

HMT216_REFLEKSI KULIAH MINGGU 5 (20&21/03/2019)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk kuliah pada hari Rabu, kami diterangkan tentang Panduan Penulisan Pelita Bahasa. Kerja itu juga perlu dilaksanakan secara berkumpulan. Melalui penerangan ini juga, saya lebih mengetahui tentang majalah Pelita Bahasa yang terdapat pelbagai subtopik di dalamnya. Bagi Pelita Bahasa, terdapat beberapa komponen yang perlu diketahui sebelum membuat penulisan antaranya karya yang asli, penggunakan bahasa Melayu yang betul dan perkataan yang boleh digunakan dalam DBP. Dr,Ivy juga menerangkan tentang subtopik yang boleh dipilih untuk penulisan ilmiah. Hal ini sememangnya boleh menarik saya untuk membaca majalah Pelita Bahasa yang sememangnya sebelum ini saya hanya mengetahui tentang majalah ini tetapi tidak membacanya. Untuk tugasan hari ini, kami perlu memikirkan tajuk yang akan ditulis untuk majalah Pelita Bahasa. 

Kuliah hari berikutnya, kami perlu memberitahu tentang tajuk dipilih. Namun begitu, sebelum kami membentangkan tajuk yang ingin dihasilkan, kami menerima teguran daripada Dr.Odi tentang sikap kami. Teguran ini sememangnya membuka minda saya untuk membaca dengan lebih mendalam majalah Pelita Bahasa terlebih dahulu sebelum memilih tajuk dan membuat penulisan. Sebenarnya, Dr.Ivy sudah menunjukkan kepada kami contoh majalah Pelita Bahasa tersebut dan saya sendiri sudah membelek majalah tersebut yang dijual di PHS1 pada minggu tersebut. Namun begitu, saya hanya membelek dan tidak membaca serta memahami dengan lebih teliti apa yang perlu ada di dalam majalah Pelita Bahasa tersebut. Teguran tersebut sememangnya boleh menaikkan semangat untuk terus menerokai ilmu yang sememangnya sudaha dan namun diri kita sendiri yang tidak berusaha untuk mengetahuinya dengan lebih mendalam. Semoga kami kuat dan sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmu pengetahuan yang sedia ada ini.

Sekian, Terima Kasih








REFLEKSI KULIAH HMT216 MINGGU 4 (13&14/03/2019)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kuliah untuk minggu ini diambil alih Dr.Ivy. Dr.Ivy menerangkan tentang laras bahasa dalam penulisan ilmiah. Laras Bahasa yang diterangkan membantu saya memahami dengan lebih mendalam cara menulis artikel dengan betul. Penerangan yang diberikan oleh Dr telah menambahkan ilmu pengetahuan saya tentang laras bahasa, jenis laras dan ciri-ciri laras tersebut. 

Seterusnya, Dr juga menerangkan tentang konsep baharu iaitu TBK. Konsep ini perlu ada dalam penulisan ilmiah dan ini sememangnya membantu saya untuk menulis dengan betul. Konsep ini belum pernah dipelajari oleh saya sebelum ini. Konsep TBK adalah T(tujuan), B(bahasa) dan K(konteks). Untuk kuliah ini juga, Dr menyuruh kami senaraikan TBK bagi novel kajian kami. Tugasan ini dapat membantu kami memahami serba sedikit apa yang diajar walaupun tidak sepenuhnya kami faham.

Untuk hari berikutnya, Dr.Ivy menggunakan kaedah yang sangat menarik yang boleh membantu kami faham apa yang diajarkan. Dr.Ivy menjelaskan tentang TBK dengan lebih terperinci agar kami semua betul-betul faham akan konsep ini. Ketiga-tiga konsep yang diperjelaskan itu perlu dimasukkan ke dalam penulisan ilmiah. Terima Kasih Dr untuk penerangan ini.

Sekian, Terima Kasih



Friday, March 8, 2019

HMT216_REFLEKSI KULIAH MINGGU 3 (6&7 MAC)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr.Odi, Dr.Khaidir, Dr.Ivy dan rakan-rakan sekalian.

Minggu ini merupakan minggu ketiga kuliah HMT216. Kuliah hari ini dimulakan dengan Dr.Ivy berkaitan novel yang dikaji. Dr menunjukkan perbezaan objektif kajian sebelum dan selepas pembentangan dijalankan. Terdapat sedikit perubahan.Seterusnya, Dr menunjukkan dan menerangkan format artikel jurnal untuk penulisan ilmiah. Template tersebut ditunjukkan yang jurnal di Malaysia seperti jurnal UKM, USM, UM dan sebagainya. Dengan penerangan ini, saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai jurnal yang selama ini saya gunakan untuk menyiapkan kerja kursus. Rupa-rupanya terdapat template yang sememangnya memudahkan seseorang untuk menulis artikel jurnal.

Kuliah hari khamis pula, Dr.Ivy menerangkan dan menunjukkan template artikel jurnal dari luar negara. Hal ini telah memberikan maklumat yang baharu kepada saya. Saya mengakui yang selama ini, saya tidak tahu akan  template tersebut. Untuk menghasilkan artikel jurnal yang berasal dari luar negara, prosesnya amat rumit. Format penulisan luar negara lebih terperinci berbanding di Malaysia. Jelas sekali menunjukkan perbezaan yang begitu ketara. Penerangan ini sememangnya menambahkan pengetahuan saya. Terima Kasih Dr.

Sekian sahaja daripada saya. Sekian, Terima Kasih.


Saturday, December 1, 2018

SEMINAR SHAHNON AHMAD DALAM KENANGAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Dalam seminar Shahnon Ahmad, menceritakan tentang karya-karya sasterawan negara. Seminar ini menjelaskan karya-karya yang dihasilkan oleh Shahnon Ahmad. Melalui seminar ini juga, dapat menambahkan pengetahuan kerana boleh mengetahui secara mendalam karya-karya sasterawan ini.

Pensyarah yang hadir juga membincangkan tentang karya Shahnon Ahmad sama ada mengkritik atau memberi pendapat. Seminar ini jelas menunjukkan bahawa kita menghargai segala karya yanh dihasilkan yang sememangnya perlu dipergiatkan lagi. 

Sekian, Terima Kasih.


Friday, November 30, 2018

REFLEKSI KULIAH HMT215 - 30/11/2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kuliah hari ini seperti biasa. Pagi ini Dr.Odi belanja. Pada awalnya, saya sampai dekat kelas dengan Husna dan melihat semua orang turun tangga. Saya bertanya "nak pergi mana?" dan salag seorang pelajar menjawab Subaidah. Saya terkejut ingatkan hendak belajar dekat Subaidah. Rupa-rupanya Dr.Odi hendak belanja siapa yang hadir awal ke kelas. Saya yang turut pergi akhirnya Dr. belanja kesemuanya. hahahhahahahha.. Hari ini Dr. belanja makan roti canai. Terima Kasih Dr.😍❤

Kelas disambung di Makmal Bahasa. Hari ini dibahagikan kumpulan oleh Dr dan kami perlu membuat tugasan yang berkaitan Antconc. Hal ini merupakan ilmu baharu yang diperolehi dan kami perlu menyiapkan tugasan tersebut dengan usaha sendiri. Pada awalnya, kami tidak tahu cara untuk menggunakan Antconc. Namun, akhirnya berjaya kami pelajari dengan bantuan daripada rakan sekelas. Kami juga perlu merakam video cara menggunakan Antconc dan mencari data mentah daripada sumber-sumber akhbar online.

Yang dapat dipelajari adalah ilmu baharu yang hasil daripada usaha sendiri tanpa bantuan daripada Dr. Hal ini melatih pelajar untuk berdikari dalam mencari ilmu dan memupuk sikap kerjasama dalam kumpulan.

Sekian, terima kasih. 








REFLEKSI KULIAH HMT213 - 29/11/2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kuliah hari sangat seronok kerana Dr.Odi bawakan kami sarapan. Sudah beberapa hari saya dapat makanan percuma tetapi hari ini paling seronok sebab Dr.Odi yang belanja. Kami juga perlu  mengambil gambar untuk melihat siapa pelajar yang hadir lambat. 

Aktiviti yang seterusnya adalah semua pelajar lelaki diminta ke depan dan membuat sesuatu persembahan yang bunyi suara dan pergerakan. Kami mencadangkan untuk membuat tepuk amai-amai. Sangat kelakar sebab mereka hanya terdiri daripada 6 orang dan perlu dibuat di hadapan pelajar perempuan yang ramai. Kami juga perlu merakam video nyanyian lagu itu termasuk diri sendiri dan semua pelajar. Seterusnya, Dr. memilih pelajar perempuan daripada beberapa kelas tutorial untuk keluar ke hadapan. Seperti biasa, pelajar lain perlu merakam video yang termasuk diri sendiri dan semua pelajar yang berada di hadapan. Perlu merakam dengan pusingan 360 darjah. 

Aktiviti itu sememangnya boleh memeningkan kepala tetapi sebenarnya sangat seronok. Hal ini juga boleh melatih pelajar untuk bergerak aktif dan tidak terlalu kaku dalam membuat persembahan. 

Sekian, terima kasih.







REFLEKSI KULIAH HMT213 - 28/11/2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kuliah hari ini sangat menarik namun Dr.Odi datang lambat ke kelas. Oleh itu, kami mengenakan Dr. Odi dan menyatakan yang Dr. perlu belanja esok. hahahahahaahah.. Satu kelas gelakkan Dr. Odi. Kelas dengan Dr . Odi sangat2 menarik dan ini boleh menghilangkan masalah. Bagi kuliah ini, kami disuruh membawa satu objek yang boleh mengeluarkan bunyi dan saya memilih sudu. 

Kami diminta berdiri dan menghasilkan bunyi dengan menggunakan perlatan yang dibawa. Apa yang saya nampak bagi aktiviti ini kerjasama. Semua belajar perlu selari bgi menghasilkan bunyi. Tiada sifat kerjasama, bunyi tidak akan selari. Aktiviti ini boleh membuatkan kuliah seronok dan tidak membosankan. 

Sekian, terima kasih.