Sunday, March 24, 2019

HMT216_REFLEKSI KULIAH MINGGU 5 (20&21/03/2019)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk kuliah pada hari Rabu, kami diterangkan tentang Panduan Penulisan Pelita Bahasa. Kerja itu juga perlu dilaksanakan secara berkumpulan. Melalui penerangan ini juga, saya lebih mengetahui tentang majalah Pelita Bahasa yang terdapat pelbagai subtopik di dalamnya. Bagi Pelita Bahasa, terdapat beberapa komponen yang perlu diketahui sebelum membuat penulisan antaranya karya yang asli, penggunakan bahasa Melayu yang betul dan perkataan yang boleh digunakan dalam DBP. Dr,Ivy juga menerangkan tentang subtopik yang boleh dipilih untuk penulisan ilmiah. Hal ini sememangnya boleh menarik saya untuk membaca majalah Pelita Bahasa yang sememangnya sebelum ini saya hanya mengetahui tentang majalah ini tetapi tidak membacanya. Untuk tugasan hari ini, kami perlu memikirkan tajuk yang akan ditulis untuk majalah Pelita Bahasa. 

Kuliah hari berikutnya, kami perlu memberitahu tentang tajuk dipilih. Namun begitu, sebelum kami membentangkan tajuk yang ingin dihasilkan, kami menerima teguran daripada Dr.Odi tentang sikap kami. Teguran ini sememangnya membuka minda saya untuk membaca dengan lebih mendalam majalah Pelita Bahasa terlebih dahulu sebelum memilih tajuk dan membuat penulisan. Sebenarnya, Dr.Ivy sudah menunjukkan kepada kami contoh majalah Pelita Bahasa tersebut dan saya sendiri sudah membelek majalah tersebut yang dijual di PHS1 pada minggu tersebut. Namun begitu, saya hanya membelek dan tidak membaca serta memahami dengan lebih teliti apa yang perlu ada di dalam majalah Pelita Bahasa tersebut. Teguran tersebut sememangnya boleh menaikkan semangat untuk terus menerokai ilmu yang sememangnya sudaha dan namun diri kita sendiri yang tidak berusaha untuk mengetahuinya dengan lebih mendalam. Semoga kami kuat dan sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmu pengetahuan yang sedia ada ini.

Sekian, Terima Kasih








REFLEKSI KULIAH HMT216 MINGGU 4 (13&14/03/2019)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kuliah untuk minggu ini diambil alih Dr.Ivy. Dr.Ivy menerangkan tentang laras bahasa dalam penulisan ilmiah. Laras Bahasa yang diterangkan membantu saya memahami dengan lebih mendalam cara menulis artikel dengan betul. Penerangan yang diberikan oleh Dr telah menambahkan ilmu pengetahuan saya tentang laras bahasa, jenis laras dan ciri-ciri laras tersebut. 

Seterusnya, Dr juga menerangkan tentang konsep baharu iaitu TBK. Konsep ini perlu ada dalam penulisan ilmiah dan ini sememangnya membantu saya untuk menulis dengan betul. Konsep ini belum pernah dipelajari oleh saya sebelum ini. Konsep TBK adalah T(tujuan), B(bahasa) dan K(konteks). Untuk kuliah ini juga, Dr menyuruh kami senaraikan TBK bagi novel kajian kami. Tugasan ini dapat membantu kami memahami serba sedikit apa yang diajar walaupun tidak sepenuhnya kami faham.

Untuk hari berikutnya, Dr.Ivy menggunakan kaedah yang sangat menarik yang boleh membantu kami faham apa yang diajarkan. Dr.Ivy menjelaskan tentang TBK dengan lebih terperinci agar kami semua betul-betul faham akan konsep ini. Ketiga-tiga konsep yang diperjelaskan itu perlu dimasukkan ke dalam penulisan ilmiah. Terima Kasih Dr untuk penerangan ini.

Sekian, Terima Kasih



Friday, March 8, 2019

HMT216_REFLEKSI KULIAH MINGGU 3 (6&7 MAC)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr.Odi, Dr.Khaidir, Dr.Ivy dan rakan-rakan sekalian.

Minggu ini merupakan minggu ketiga kuliah HMT216. Kuliah hari ini dimulakan dengan Dr.Ivy berkaitan novel yang dikaji. Dr menunjukkan perbezaan objektif kajian sebelum dan selepas pembentangan dijalankan. Terdapat sedikit perubahan.Seterusnya, Dr menunjukkan dan menerangkan format artikel jurnal untuk penulisan ilmiah. Template tersebut ditunjukkan yang jurnal di Malaysia seperti jurnal UKM, USM, UM dan sebagainya. Dengan penerangan ini, saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai jurnal yang selama ini saya gunakan untuk menyiapkan kerja kursus. Rupa-rupanya terdapat template yang sememangnya memudahkan seseorang untuk menulis artikel jurnal.

Kuliah hari khamis pula, Dr.Ivy menerangkan dan menunjukkan template artikel jurnal dari luar negara. Hal ini telah memberikan maklumat yang baharu kepada saya. Saya mengakui yang selama ini, saya tidak tahu akan  template tersebut. Untuk menghasilkan artikel jurnal yang berasal dari luar negara, prosesnya amat rumit. Format penulisan luar negara lebih terperinci berbanding di Malaysia. Jelas sekali menunjukkan perbezaan yang begitu ketara. Penerangan ini sememangnya menambahkan pengetahuan saya. Terima Kasih Dr.

Sekian sahaja daripada saya. Sekian, Terima Kasih.