Untuk kuliah pada hari Rabu, kami diterangkan tentang Panduan Penulisan Pelita Bahasa. Kerja itu juga perlu dilaksanakan secara berkumpulan. Melalui penerangan ini juga, saya lebih mengetahui tentang majalah Pelita Bahasa yang terdapat pelbagai subtopik di dalamnya. Bagi Pelita Bahasa, terdapat beberapa komponen yang perlu diketahui sebelum membuat penulisan antaranya karya yang asli, penggunakan bahasa Melayu yang betul dan perkataan yang boleh digunakan dalam DBP. Dr,Ivy juga menerangkan tentang subtopik yang boleh dipilih untuk penulisan ilmiah. Hal ini sememangnya boleh menarik saya untuk membaca majalah Pelita Bahasa yang sememangnya sebelum ini saya hanya mengetahui tentang majalah ini tetapi tidak membacanya. Untuk tugasan hari ini, kami perlu memikirkan tajuk yang akan ditulis untuk majalah Pelita Bahasa.
Kuliah hari berikutnya, kami perlu memberitahu tentang tajuk dipilih. Namun begitu, sebelum kami membentangkan tajuk yang ingin dihasilkan, kami menerima teguran daripada Dr.Odi tentang sikap kami. Teguran ini sememangnya membuka minda saya untuk membaca dengan lebih mendalam majalah Pelita Bahasa terlebih dahulu sebelum memilih tajuk dan membuat penulisan. Sebenarnya, Dr.Ivy sudah menunjukkan kepada kami contoh majalah Pelita Bahasa tersebut dan saya sendiri sudah membelek majalah tersebut yang dijual di PHS1 pada minggu tersebut. Namun begitu, saya hanya membelek dan tidak membaca serta memahami dengan lebih teliti apa yang perlu ada di dalam majalah Pelita Bahasa tersebut. Teguran tersebut sememangnya boleh menaikkan semangat untuk terus menerokai ilmu yang sememangnya sudaha dan namun diri kita sendiri yang tidak berusaha untuk mengetahuinya dengan lebih mendalam. Semoga kami kuat dan sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmu pengetahuan yang sedia ada ini.
Sekian, Terima Kasih