Wednesday, September 26, 2018

REFLEKSI KULIAH HMT213 - 27/09/2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kuliah hari ini lebih kepada pembentangan dalam kumpulan mengenai menara yang dibina dengan menggunakan kertas surat khabar. Setiap kumpulan perlu membuat pembentangan.

Melalui pembentangan, saya dapat melihat kreativiti pelajar lain dalam membuat menara dengan menggunakan kertas surat khabar. Pelbagai bentuk menara telah dihasilkan. Makna tersirat disebalik menara yang dihasilkan juga sangat menarik dan macam-macam idea serta penerangan telah diberikan.

SEKIAN, TERIMA KASIH

REFLEKSI KULIAH HMT213 - 26/09/2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kuliah hari ini lebih kepada berkomunikasi antara pelajar. Aktiviti yang dijalankan memberi peluang kepada pelajar untuk berkomunikasi. Aktiviti pertama adalah kuiz. Kuiz tersebut dijalankan secara online dan perlu mencari ahli kumpulan yang telah dipaparkan serta menjawab soalan yang dikemukakan. Hal ini memberi peluang kepada pelajar untuk lebih aktif dan berkomunikasi antara satu sama lain.

Aktiviti kedua yang diadakan adalah mencipta menara dengan menggunakan kertas surat khabar. Hal ini membuatkan pelajar berfikir secara meluas. Aktiviti ini juga mampu memupuk semangat bekerjasama dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Kerjasama antara ahli kumpulan amat penting dalam menyelesaikan sesuatu aktiviti.

SEKIAN TERIMA KASIH.






Friday, September 21, 2018

REFLEKSI PROGRAM CITRA BESTARI 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 21/09/2018, telah diadakan Program Citra Bestari 1 bertempat di dewan kuliah T. Program ini telah menjemput Cikgu Mohamad Rozi bin Kasim untuk memberi taklimat mengenai Fonetik. Program ini dikhususkan untuk pelajar USM yang mengambil subjek HMT211. Program ini berjalan dengan lancarnya.

Melalui program ini, saya dapat mengetahui mengenai fonetik yang sememangnya tidak harus dipandang rendah akan cara sebutan sesuatu perkataan. Kaedah bacaan yang betul perlu dipelajari oleh masyarakat. Namun begitu, kebanyakam kaedah ini hanya diketahui oleh pelajar yang berjurusan Bahasa Melayu sahaja. Alat artikulasi penting dalam penyebutan yang betul bagi sesuatu perkataan.

Program ini juga menambahkan pengetahuan saya mengenai kaedah bacaan yang betul. Saya juga dapat mengetahui penyebutan sesuatu perkataan yang salah. Kaedah bacaan fonik USM yang diajarkan oleh Cikgu Rozi sangat senang dan seharusnya dipratikkan.

Saya sangat bersyukur kerana berpeluang mendengar taklimat dari Cikgu Rozi. Taklimat ini dapat membuka minda saya untuk terus mencari ilmu dan terus mempelajari benda baharu dalam kehidupan. Saya mengetahui kaedah bacaan yang betul.

Di bawah, saya sertakan gambar Program Citra Bestari 1 bersama dengan Cikgu Mohamad Rozi

SEKIAN TERIMA KASIH

"jadilah orang yang berbeza"
-Cikgu Rozi

"belajar bukan untuk diri sendiri, belajar untuk masyarakat"
-Cikgu Rozi

"memberi bukan meminta, memberi kerana cinta"
- Cikgu Rozi













Thursday, September 20, 2018

KULIAH HMT215 - 21/09/2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini kuliah bersama dengan Puan Solakhiah. Kuliah hari ini berjalan dengan lancarnya. Kuliah hari ini lebih banyak membincangkan mengenai makna linguistik  yang sememangnya kurang diketahui pelajar. Pelajar tidak mengetahui lebih menyeluruh makna linguistik. Lingustik sesuai dengan subjek ini iaitu "literasi komputer dalam linguistik. Linguistik merupakan kajian bahasa secara saintifik yang memerlukan kajian yang lebih mendalam.

Puan Solakhiah lebih memberi pengetahuan yang lebih mendalam mengenai sesuatu makna perkataan. Hal ini boleh membuatkan pelajar lebih banyak berfikir dan dapat menambahkan pengetahuan yang sedia ada. Contoh yang diberikan untuk memahami sesuatu makna juga sesuai dengan situasi pada masa ini.

Puan Solakhiah juga memberi bayangan tajuk yang akan dipelajari pada minggu hadapan. Hal ini membolehkan pelajar bersedia dan memahami tajuk tersebut terlebih dahulu sebelum belajar di dalam kelas. Peenggunaan korpus memudahkan pelajar mencari pelbagai maklumat. Perkara ini sememangnya menambahkan pengetahuan saya. Selama ini, saya tidak mengetahui mengenai kewujudan korpus. Hal ini membuka minda saya untuk terus mencari ilmu dan mempelajari benda baru.

Cara Puan Solakhiah mengajar juga sangat menarik. Dalam pembelajaran, beliau juga masukkan ilmu keagamaan dan memberi nasihat. Hal ini akan membuka minda pelajar untuk mencari ilmu dengan keberkatan Allah S.W.T. Terima kasih Puan Solakhiah😍

SEKIAN TERIMA KASIH

Saya sertakan gambar kuliah hari ini.






Wednesday, September 19, 2018

REFLEKSI KULIAH HMT213 - 20/09/2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kuliah hari ini berjalan dengan lancar. Seperti biasa , kuliah hari ini bertempat di DK O pada pukul 8 pagi.

Sebelum kuliah dimulakan, Dr Norsofiah memulakan kuliah dengan "warming up" kerana kata beliau para pelajar kelihatan mengantuk dan tidak bermaya.

Kuliah hari ini dikendalikan oleh Dr. Norsofiah. Kuliah disambung dengan perbincangan hari semalam iaitu mengenai teknik penyoalan menerusi artikel yang diberikan oleh beliau. Kumpulan yang mebentangkan latihan yang diberikan oleh beliau pada hari semalam ialah kumpulan 2,3 dan 4.

Yang saya peroleh dalam kuliah hari ini ialah pemahaman mengenai teknik penyoalan. Penyoalan penting dalam sesuatu bentuk komunikasi. Saya juga dapat mempelajari teknik penyoalan yang betul yang mampu menambahkan pengetahuan saya.

Sekian, terima kasih.


20 SARJANA BAHASA DAN LINGUISTIK TEMPATAN


1. Prof. Emeritus Dato' Dr. Hajah Asmah Haji Omar



2. Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim





3. Dato' Dr. Hassan Ahmad




4. Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad

Image result for RAJA ALI HAJI sarjana bahasa dan linguistik



5. Abdullah b. Abdul Kadir Munsyi





6. Mejar (B) Dato' Hj Mohd Said bin Sulaiman






7. Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba)







8. Prof. Dr. Noriah Mohamed







9. Professor Dr. Emeritus Hashim Musa




10. Sulaiman Masri







11. Ahmad Khair Mohd Nor




12. Dato' Usman Awang







13. Dato' Seri Abdul Samad bin Mohamed Said







14. Ahmad Boestaman







15. Prof Che Hamid Mahmood





16. Ismail Hussein





17. Amat Juhari Moain





18. Abdul Rahim Kajai







19. Raja Masittah Raja Ariffin




20. Prof. Emeritus Dr. Abdulllah Hassan





Tuesday, September 18, 2018

REFLEKSI KULIAH HMT213 - 19/09/2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini kuliah bersama dengan Dr. Norsofiah. Kuliah hari ini membuka minda pelajar untuk mengkaji artikel yang diberikan. Pelajar juga perlu banyak berfikir dalam mengeluarkan maklumat yang terdapat dalam artikel.

Pelajar perlu mengkaji artikel  secara berkumpulan. Hal ini boleh juga meningkatkan tahap komunikasi pelajar. Perkara ini akan membuatkan pelajar lebih banyak berkomunikasi antara satu sama lain dan mengeratkan lagi silaturahim.

Kuliah hari juga memupuk kerjasama antara ahli kumpulan. Kerjasama dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan dalam kuliah.

SEKIAN TERIMA KASIH 😍

KUMPULAN 2


REFLEKSI TUTORIAL HMT213 -18/09/2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Norsofiah dan rakan-rakan sekalian.

Tutorial pertama untuk HMT213. Tutorial hari ini berjalan dengan lancar dengan 11 orang pelajar. Dalam tutorial, pelajar diarahkan untuk membaca. Hal ini boleh melatih pelajar untuk menggunakan bahasa baku. Perkara ini juga melatih pelajar untuk menghilangkan bahasa loghat mereka dalam percakapan

Selain itu, tutorial ini juga melatih pelajar untuk lebih berkeyakinan. Latihan yang diberikan seperti menyediakan video gaya saya boleh menghilangkan rasa malu dan lebih yakin untuk berdepan dengan masyarakat.

Saya sertakan gambar tutorial hari ini.

SEKIAN, TERIMA KASIH.



Friday, September 14, 2018

REFLEKSI KULIAH HMT215 (14/09/2018)

Assalamualaikum dan salam sejahtera Dr. Odi dan rakan-rakan sekalian.

14/09/2018 adalah kelas pertama bagi subjek HMT215. Kelas hari ini amat menarik dengan skop pembelajaran yang ditunjukkan. Melalui kuliah ini, saya dapat mempelajari ilmu baharu berkaitan teknologi. Sebagai contoh, menggunakan pusat sehenti untuk menyimpan dokumen yang penting. Hal ini telah membuka pemikiran saya untuk terus menerokai ilmu teknologi.

Dalam kuliah ini juga, saya dapat mengetahui kesalahan yang dilakukan. Sebagai contoh, memahami terlebih dahulu arahan yang diberikan dan memulakan sesuatu penulisan dengan kata permulaan. Dalam penulisan, saya seharusnya menulis dengan lebih kreatif.

Dalam kuliah, saya dapat memperoleh lebih banyak ilmu mengenai teknologi yang boleh diketengahkan dalam kehidupan seharian. Pada masa ini, teknologi sangat penting dalam kehidupan seseorang yang membawa kepada kemajuan hidup seseorang. Pembelajaran ini boleh membantu saya ketika alam pekerjaan kelak.

Kuliah hari ini menyeronokkan dengan pembelajaran lebih banyak menggunakan komputer.

Saya sertakan gambar kuliah hari ini. SEKIAN, TERIMA KASIH.


Suasana kelas yang dipenuhi dengan komputer riba



Bergambar dengan Dr Odi yang sangat sporting 😍


Thursday, September 13, 2018

REFLEKSI RANGKA KURSUS HMT213

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Rangka kursus HMT213. Kursus HMT213 adalah kursus Komunikasi Lisan dalam Bahasa Melayu. Pada pendapat saya, kursus ini lebih kepada cara berkomukasi dengan menggunakan bahasa Melayu yang betul. Pelajar HMT213 perlu belajar kemahiran berkomunikasi dengan masyarakat menggunakan teknik yang betul samada melalui bahasa verbal atau bahasa bukan verbal. Kursus ini memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari cara berinteraksi dengan betul melalui penggunaan bahasa yang standard. Rangka kursus ini juga telah menyediakan skop pelajaran yang memudahkan saya untuk rujuk dan tahu apa yang perlu saya pelajari. Rangka kursus ini membantu saya mengetahui tajuk yang akan diajarkan dan membolehkan saya membuat persediaan sebelum bermulanya pembelajaran di dalam kuliah.

Rangka kursus ini juga memperlihatkan pembahagian pelajaran kepada dua pensyarah.  Hal ini akan membantu saya menambahkan ilmu pengetahuan dengan pembelajaran yang akan diajarkan oleh kedua-dua pensyarah. Kedua-dua pensyarah mempunyai  cara dan teknik mengajar yang berlainan. Sememangnya, kedua-dua pensyarah mempunyai kelebihannya masing-masing. Hal ini akan meluaskan lagi pengetahuan yang sedia ada.


Akhir kata, rangka kursus ini memudahkan pelajar mengetahui serba sedikit tajuk-tajuk yang akan mereka belajar sebelum sesi pembelajaran di dalam kuliah. Penggunaan teknologi dalam kursus ini memberi kelainan kepada pelajar dan membuka minda pelajar tentang kebaikan teknologi yang ada pada masa ini, Kursus ini juga menambah pengetahuan saya tentang teknologi moden. Kursus ini juga dapat membantu pelajar meningkatkan keyakinan diri untuk berkomunikasi dengan masyarakat dengan menggunakan bahasa Melayu yang betul.

SEKIAN, TERIMA KASIH

REFLEKSI KULIAH KEDUA HMT213 (13/09/2018)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Odi, Dr. Norsofiah dan rakan-rakan sekalian. Hari ini adalah kuliah kedua bagi subjek HMT213. Kuliah hari ini lebih santai namun memberi kesan yang mendalam kepada pelajar. Pendapat saya, kuliah hari ini membantu pelajar berkomunikasi  antara satu sama lain. Melalui aktiviti yang dijalankan oleh pensyarah, pelajar dapat menghilangkan perasaan malu untuk bercakap dengan pelajar lain terutamanya pelajar dari China. Aktiviti ini dapat mencari persamaan yang ada tidak kira negara.

Selain itu, aktiviti ini dapat mewujudkan kemesraan antara pelajar dan mengeratkan silaturahim. Dalam kuliah hari ini juga, kebanyakan aktiviti memerlukan pelajar bergerak. Ini telah mengelakkan pelajar bosan dan memberi kelainan bagi sesi pembelajaran. Kuliah sebegini memberi semangat kepada pelajar untuk ke kuliah kerana mereka tidak hanya perlu mendengar apa yang diajarkan. Perkara ini membuka minda pelajar bahawa pembelajaran boleh dijalankan bukan hanya mendengar apa yang diajar oleh pensyarah malah memberi peluang kepada pelajar untuk bergerak dan berkomunikasi.

Akhir sekali, kuliah hari ini telah mewujudkan kemesraan dan menyeronokkan.

Saya sertakan gambar kuliah hari ini.








SEKIAN, TERIMA KASIH 

Wednesday, September 12, 2018

AKTIVITI PENGAJARAN - PEMBELAJARAN KULIAH PERTAMA HMT213 PADA 12 SEPTEMBER 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr Odi, Dr Norsofiah dan rakan-rakan sekalian. Hari ini adalah kelas pertama bagi kod subjek HMT213  yang bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 9.00 pagi. Kelas hari ini banyak mengajar saya cara percakapan yang betul dengan menggunakan bahasa yang standard. Penggunaan bahasa standard tidak kira tempat atau situasi yang seharusnya dipraktikkan. Kelas hari ini juga menyeronokkan dengan penggunaan telefon bimbit. Penggunaan telefon  bimbit ketika sesi pembelajaran dapat mengelakkan pelajar tidur. Penggunaan telefon bimbit telah memberi pendedahan kepada pelajar tentang kebaikan teknologi moden yang boleh memudahkan urusan seseorang. Pembelajaran yang santai namun memberi impak yang sangat besar.  Akhir kata, kelas hari ini sangat menyeronokkan dengan aktiviti yang dilakukan seperti berswafoto dengan rakan sekelas dan menyanyi lagu patriotik yang boleh mengelakkan pelajar bosan dan tidur.





TERIMA KASIH DR. ODI DAN DR. NORSOFIAH.😍😍

Sekian Terima Kasih.